Wednesday, 8 June 2011

Lumrah alam

Kehidupan..
Kekadang kita rasa hidup ni susah je sbb terlalu banyak cabaran dan rintangannya, bende ni yang mmbuatkan kita rasa macam terseksa sgt hidup ni..Tpi hakikat sebenarnya, kehidupan itu sgt indah kalo kita tahu cara utk menerima sume cabaran dariNya dengan hati yang terbuka dan tenang..tapi x sume owg yang boley menerima cabaran yang diberi olehNya dengan hati yg terbuka, sbb 2 ada yang sanggup bunuh diri n sebagainya..hope anda2 sume kuat n tabah dalam menghadapi segala cubaan dlm hidup ini...


Cinta..
Kita akan rasa bahagia apabila kita sedang bergembira dgn owg yg trsyg..time 2 mmg cukup indah n kita rasakan macam mau berhentikan je masa smasa kita brsme ngn owg trsyg, sebab kita xnak masa berlalu pergi mmbawa sume kenangan indah itu..tpi apakan daya, masa x mungkin akan trhenti..
Tpi bila saat bermulanya pergaduhan, macam2 perkara yang kita rasakan..n timbul la segala perasaan marah, menyampah, tidak percaya, geram, sakit hati n mungkin perasaan benci pun timbul jugak..tpi x sume owg akn membenci pasangannya bila dowg tgah brgaduh..x SEMUA..hanya sesetengah owg sahaja..
Tpi kenapa kita x cuba utk berbincang hal2 yg mnyebabkan kita sume bergaduh dgn pasangan kita??sedangkan dgn cara brbincang bnde 2 akn selesai dgn baik..InsyaALLAH...cubalah selami hati pasangan anda, kalo anda rasa dia mmg di takdirkan utk hidup bersama dgn anda smpai ke akhir hayat..insyaALLah sumenya akan kembali seperti biasa...Kejujuran, Kesetiaan, Keikhlasan, Kebenaran dan Kesabaran akan membuatkan perkenalan anda akn kekal smpai bila2..InsyaALLAH


IbuBapa
Dorang segala2nya dalam kehidupan kita..tiada insan lain yang boleh mengantikan tempat mereka dihati kita..Ibubapa adalah anugerah yg cukup indah dlm kehidupan seorang insan yg bergelar anak..dowg merupakan insan yang penting dalam mmbesarkan kita, kerana dowg yang mencorakkan kita..kita seperti kain yang berwana putih ketika di lahirkan, dan dowg yang bertanggungjawab utk mencorak kita sume..dowg x pernah kenal erti penat demi utk mengurus kehidupan harian ank2 mereka..bahkan sehingga ank dowg dah kawin sekali pun dowg akn tetap ada utk ank2 dowg..
Dorang tempat kita mengadu, dowg tempat kita menitiskan air mata, dowg tempat kita bercerita..dowg sggp mendengar sume masalah ank dowg...dowg akn sentiasa ada ketika seorang ank memerlukan..dowg akn selalu ada utk menceriakan hidup ank2..
Tapi dunia skrg..ramai owg yang snggup buang ibubapa mereka, sanggup bunuh mereka demi wang..mana letaknya sifat seorang ank dlm dri kita??sngguh kejam manusia skrg..
Belajarlah utk berfikir dan berlajarlah utk menghargai ibubapa anda sume.



Kawan
Sume insan memerlukan kawan bg mengilakan hidup ni..walaupun hakikat sebenar hidup kita da gler tpi ble ada nya kwn..itu kan menbuatkan kita bertambah gler..tpi jgn smpai terlalu gler da la..kn x psal2 masuk hospital bahagia plak..ha 2 mmg btol2 bahagia nama nya..tpi kawan akn tetap jadi kawan smpai bila2..walaupun kita jarang jumpa n jarang brtanya khabar..kita akan tetap jadi kawan buat selama-lamanya..



p/s : saje je tulis -.-

Thursday, 2 June 2011

Hello

Ollaaaaaa all....skrg aq kt kg, n di sbbkn aq kt kg la aq x ley nk on9 sgt..coz inrtnt prob kt sni..aq nk on gune komputer kne beratur amek no..maklum la sume spupu2 aq nk gune jgak..so lbih baik aq on pki laptop jek, wlupun agk sket ati coz intrnt lem..but, its ok..jnji aq x yah ssah2 nk beratur amek no utk gune kom..hahaha.....

Best oh blek kg..nak2 skrg musim buah, mmg berbuah2 la prot aq nie ble kt kg..haha..smlm aq gi kebun nenek aq..gi amek buah tembikai n rambutan , yang x ley blah nye, aq gi kebun pki suar jeans..cbe kowg bayangkan..dasyattttt.....hohoho..abis kotor suar aq..tpi bab kata makcik aq, kalo kotor xpe, boley basuh..tpi kalo suar 2 ter.........kang ssah..mau kne bli lain plak..hihihi..tpi kalo suar 2 rosak bkn slah sy ye..slah mak su n pak su, coz x gtw awl2 kte nk ke kebun..ingt kn nk ajk p shopping ke ape ke kn..coz 2 la sy pki suar jeans...:)

Ha time kt sne,adoiiii....terseksa dowh..bnyk nyamuk :( badan aq da abis merah2 kesan dr gigitan nyamuk..tw la darah aq manis....tpi agk2 la kn..sket tw nyamuk..haha..tpi syg sy ckp dy nk sruh sy bwk nyamuk blek bangi..coz kate nye nyamuk bandar x sme ngn nyamuk kg..sengal kn??hehe..insyaALLAH nnti kalo smpt nyamuk, sy bwk balik la ye..tpi sy x jnji ye :) hahaha....


Da la..aq nk gi mandi dlu..jp lg mau mkn..lapar nie...hahaha....


p/s : mak long sy ckp, "xpe pki suar jeans time berkebun..awk kn pekebun moden.." ayt mak long 2 cm perli sy jek..hahahaha......

Tuesday, 31 May 2011

@-)

Satu hari di skolah, seorang murid bertanya pada gurunya.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??

Cikgu : ok kamu ikut apa yang saya suruh.. kamu pergi ke padang.. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali.. dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas..

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.. cikgu brtanya, kenapa tiada rumput yg di pilih?? 

Pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.. mmg ada bnyk yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. tapi samapi di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.. mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jdi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

Cikgu : ya itulah jawapannya.. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.. semoga yang berlalu tidak berulang lagi.. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.. walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tdi.........



p/s : jangan mencari terlalu sempurna :)

Monday, 23 May 2011

^_^

* . Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

* . Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..

* . Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)

* . Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan orang lain..

* . Wanita memamg sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian..

* . Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dgn lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja..

* . Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan..

* . Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

* . Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna..

* . Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..

* . Sekuntum senyuman memberi beribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan..

* . Jika wanita meberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu..

* . Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya..

* . Jangan sesekali mengagak apa yang di rasakannya. Tanya dia sendiri..

* . Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal..

* . Satu ucapan 'hai' sahaja sudah cukup menceriakan harinya..

* . Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik..

* . Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi..

* . Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

* . Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadap mereka. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

* . Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan di cintai dan di sayangi sepenuh jiwa..



p/s : sje je nk copy..spe pnye ntah..haha..:)

Saturday, 21 May 2011

suka / x suka

  SUKA


# . suka makan

# . suka mmbebel

# . suka tnya org soalan yg sama bnyk2 kali

# . suka tgk cara owg lain brpakaian, trutama tudung

# . suka fone C3, tpi xde duit nk bli

# . sgt suka kn jaket, tpi x bli jgak

# . skrg suka pki shawl, tpi kt umh shawl x bnyk pun

# . suka kasut, tpi kasut xde saiz

# . suka tgk owg mkn

# . suka tgk owg senyum

# . suka bila owg ambil berat pasal aq

# . suka bila owg ajak gi mkn wlupun time 2 aq da kenyang

# . suka bila owg tunjukkan lebih prhatiaan dy trhadap diri aq

# . suka bila owg ckp aq nie bnyk ckp, coz hakikat sbnar mmg cm 2 pun

# . suka bila tgk si dy pki jaket

# . suka bila tgk owg pki ape yg aq bg

# . suka bila owg tahu menghargai perasaan owg lain



TAK SUKA


# . x suka bila owg ckp aq sombong

# . x suka bila owg slalu tengking2 or tnggikn suara

# . x suka bila owg slalu bg brbagai2 alasan yg x masuk akal bila aq mnta tlg, ajk gi mana-mana or  ape-ape jela

# . x suka bila owg selalu nk banding-bandingkan aq dgn owg lain or dgn dri dy sndri

# . x suka bila owg ckp aq ank owg kaya

# . x suka bila owg x tw nk menghargai perasaan aq

# . x suka bila owg menyibuk hal aq

# . x suka bila time someone brsme ngn aq dy ley puji2 owg lain plak

# . x suka bila bnde yg aq x bg owg nk buat jgak

# . x suka bila time nk bli bnde yg aq suka xde saiz la ape la, sedih lorh

# . x suka bila trlalu kurus, coz nk bli baju pun ssah

# . x suka pki kasut yg tnggi2, kang x pasal2 trjatuh plak

# . x suka owg yg materialistic

# . x suka owg yg hipokrit

# . x suka owg yg brlagak, cm tahu sume bnde je..padahal...hampeh

# . x suka owg mngate aq dr belakang, if x puas hati ckp dpn2 la beb

# . x suka bila owg yg aq bnci muncul kt dpn mata, ase nk sepak2 je muka lu

# . x suka bila aq bg muka, kowg pijak2 plak

# . x suka bila owg x suka aq..

# . x suka bila x suka la..hahaha..



p/s : sebenarnya bnyk lg..tpi da x larat nk menaip..hahaha..



                 TaTiTu :-)



Mr.Bubu <3

Friday, 20 May 2011

FaHaMiLaH PeReMpUaN..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu...Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat ambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh..tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak penah bermaksud untuk membuat anda rimas,tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..Andainya lelaki tahu..Apabila perempaun berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kcil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi..naluri keibuannya sangat kuat.dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan `i love you`,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkan..Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimata..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu..dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya..walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia tidak bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..Percayalah, hati perempuan itu sangat lembuh.andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiran dalam masa sesaat..Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!",dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya..dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula..itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..perempuan sukar mengawal perasaan..dia terlalu emosional..tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda..Andai lelaki tahu..sememangnya allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri..tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan sentiasa melengkapi dan menyempurnakan..perempuan itu diciptakan oleh allah indah sekali..di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikn seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

Thursday, 12 May 2011

:)

Haiii.....sbnarnye aq x tw nk tlis ape..tpi aq nk tlis jgak..sengal x??eh,xde la sengal sgt..biase2 je..x yah nk tipu sgt la kn..haha..erm,jjur aq ckp..aq ade something nk cte kt sini, tpi x ley la..sbb........ade la..sbb nye 2 biar la rahsia...hihihi..xpe la..aq cte psal bnde lain la..tpi ape ye??hmm..ha..nk tw x??em, x jdi la..haha..msti sket hatikan..ade aq ksah..aq nye blog..so ske ati aq la nk gtw or x..ape la..ok la..aq cte ye..tpi kt bwh la..


erm,ramai owg ckp aq sombong oh..aq sombong ke??aq ase x un..pelik btol..ish2..ske ati la spe yg ckp aq sombong 2..aq x ksah pun...yg pnting aq tw spe dri aq...n spe yg knal aq, dy tw la aq sombong or x..so pandai2 la kowg menilai aq..tpi sblom menilai seseorang 2, nilai la diri sendiri dlu..baru btol..bak kate owg..x kenal maka x cinta..tpi kalo kowg kenal aq sekali pun x mngkin aq akn cintakan kowg..sbb aq da ade mr.bubu..hehe..so jgn nak berharap sgt la nk gune kata perpatah or whatever ok......haha..


Mr.Bubu..nak tw npe aq pnggil dy mr.bubu??ske ati aq la nk pnggil ape un..kowg x yah nk sebok sgt la kn..hehe..biar la aq cte ckit..aq pnggil bubu sbb name bubu nie comel la..sme cm dy..comel ble tersenyum...tpi ssah gak nk tgk dy tersenyum..marah selalu la..haha..ble dy mrh muke dy comel..tpi aq tkot nk tgk muke dy..garang sgt...takot aq di bwt nye...tpi aq ske bwt dy mrh..knpe ea??haha...ble dy da start marah baru la aq ase cemas semacam...ase cm...ala mcm2 perasaan la aq ase time 2...ssah nk cte..if kowg nk tw..kowg cbe la bwt dy mrh..haha..erm, sbnarnya da lme x pnggil dy ngn pnggilan "bubu" rndu plak :)

sebenarnya bnyk lg nk cte psal mr.bubu nie..tpi ade mslah tenikal ckit..so x ley la nk cte lbih2..kang ter_ _ _ _ _ _ plak..hahaha....shhhhhhhhhh....


dah la..intrnt nie un da cm kura2..malas aq nk layan..

          TATITU :)


p/s : miss u mook :)